Apakah terapi muzik?
Terapi muzik ialah penggunaan muzik dan unsur-unsurnya secara profesional sebagai kaedah intervensi dalam perubatan, pendidikan dan persekitaran harian dengan individu, kumpulan, keluarga atau komuniti yang berusaha untuk mengoptimakan kualiti hidup mereka dan meningkatkan kesihatan fizikal, sosial, komunikatif, emosi, intelektual dan kesejahteraan rohaniah. Penyelidikan, amalan, pendidikan dan latihan klinikal dalam terapi muzik adalah berdasarkan piawaian profesional mengikut konteks budaya, sosial dan politik.
Di manakah terapis muzik bekerja?
Ini adalah beberapa tempat kerja untuk pengamal terapi muzik: Hospital psikiatri dan perubatan, pusat pemulihan, klinik pesakit luar, pusat jagaan harian, sekolah khas, agensi yang berkhidmat untuk orang kelainan upaya perkembangan, pusat penjagaan komuniti bagi kesihatan mental, pusat pemulihan program dadah dan alkohol, fasiliti penambahbaikan, rumah penjagaan, pusat warga emas, program hospis.
Adakah terapis muzik mengajar kemahiran muzikal?
Terapi muzik bukan pengganti pelajaran muzik. Walau bagaimanapun, pelanggan selalunya akan memperoleh kemahiran muzik tertentu sepanjang menjalani program terapi muzik, seperti kepekaan terhadap nada, kawalan berirama, kesedaran mengenai bentuk, kawalan manipulatif dll.
Siapa yang boleh memperolehi manfaat terapi muzik?
Kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga tua yang mempunyai keperluan kesihatan mental, kelainan upaya perkembangan dan pembelajaran, penyakit Alzheimer dan lain-lain keadaan berkaitan penuaan, masalah penyalahgunaan bahan, kecederaan otak, kecacatan fizikal, dan sakit akut dan kronik, termasuk ibu yang sedang sakit bersalin.
Apakah beberapa salah tanggapan tentang terapi muzik?
Apa terapis muzik lakukan?
Terapis muzik menilai kesejahteraan emosi, kesihatan fizikal, fungsi sosial, kebolehan berkomunikasi, dan kemahiran kognitif melalui tindak balas muzik; mencorak sesi muzik untuk individu dan kumpulan berdasarkan keperluan pelanggan menggunakan improvisasi muzik, pendengaran muzik reseptif, penulisan lagu, perbincangan lirik, muzik dan imejan, persembahan muzik, dan pembelajaran melalui muzik; mengambil bahagian dalam perancangan rawatan antara disiplin, penilaian berterusan, dan tindakan susulan.
Berapakah bilangan terapis muzik di Malaysia?
Sila rujuk https://www.mmta.org.my/contact
Siapakah mereka dan bekerja dengan populasi mana?
Sila rujuk https://www.mmta.org.my/contact
Bagaimana saya boleh berhubung dengan terapis muzik di Malaysia?
Sila rujuk https://www.mmta.org.my/contact atau e-mel kami di malaysiammta@gmail.com
Adakah institusi yang menawarkan program terapi muzik di Malaysia bagi yang ingin menjadi terapis muzik?
Pada masa ini, tiada di Malaysia dan pasukan MMTA sedang berusaha keras untuk memastikan peluang ini tersedia ada bagi rakyat Malaysia dalam masa terdekat!
Apakah kelayakan yang saya perlukan untuk menjadi terapis muzik?
Kebanyakan universiti menawarkan program Sarjana dalam Terapi Muzik. Anda mungkin memerlukan ijazah sarjana muda yang berkaitan dengan sains kesihatan atau muzik. Kriteria berbeza bagi setiap universiti kerana sesetengah universiti mungkin masih menerima pelajar-pelajar ijazah sarjanamuda. Mengetahui cara bermain piano dan gitar adalah keperluan asas. Semua lain-lain instrumen adalah pilihan. Tempoh tamat pengajian untuk Sarjana biasanya 2 tahun.
Adakah terdapat mana-mana persatuan profesional tertentu bagi terapis muzik?
Ya! Persatuan Terapi Muzik Malaysia (MMTA) ialah sumber rasmi dan badan utama yang mentadbir semua perkara berkaitan terapi muzik di Malaysia. Sila layari laman web untuk maklumat lanjut: www.mmta.org.my
Bolehkah saya mendapatkan pekerjaan di Malaysia? Jika ya, di mana saya boleh bekerja?
Ya. Terdapat peluang pekerjaan di banyak tempat. Anda boleh bekerja secara persendirian atau dengan organisasi dalam pendidikan khas, hospital atau kesihatan mental dsb nya. Sila hubungi MMTA di malaysiammta@gmail.com dan pasukan kami akan melakukan yang terbaik untuk membantu anda.
Rujukan: